Friday, January 16, 2015

Paksakan ku tunduk sehingga mati

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Terdengar lagu Fynn Jamal - Terbang Tunduk, sedap la pulak. Jom hayati lirik lagu ni :
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

 

Sebenarnya, part yang MPA minat adalah part korus :

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Pada pendapat MPA, setinggi manapun kita terbang, jangan lupa bumi yang dipijak. Walau sesenang mana pun, jangan lupa diri dan sombong. Sebab kita ni ada kitarannya, sekejap di atas, tak semestinya esok kita masih di atas. Yang kekal di atas hanya Pencipta kita sahaja. Bila je terdengar lirik lagu ni, buat MPA merenung dan melihat kebawah MPA. Bukan maksud MPA tengok bawah lantai tu dan bukan bermaksud suruh tengok lantai je. Ada yang terlanggar tembok atau tiang nanti. Hihi. Yang MPA maksudkan jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik dengan kita dan jangan lupa pada mereka-mereka yang susah bersama-sama kita (jangan biarkan aku mendepang dada)

Sebenarnya, MPA suka sesebuah lagu disebabkan liriknya. Bagus juga terdengar lagu ni. Mana la tau kan MPA ni ter'lupa diri' ke kan, ianya dapat menyedarkan MPA sendiri sebab MPA pon hanya manusia biasa yang terkadang terlupa dan alpa. Kalau MPA terlupa atau alpa, minta tolong sahabat ingatkan MPA yer. That's what friends for. ^_^

Share: