AFB Feed

Thursday, January 29, 2015

It's birthday

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


SELAMAT HARI LAHIR!!

Opst, harini bukan hari lahir MPA, tapi hari lahir Abah MPA. ^_^
Alhamdulillah, harini genap usia Abah 57 tahun. Dah tak lama je lagi nak pencen.

(Abah dan Mak bersama satu-satunya cucu, buat masa ni la...)

Semoga diberkati umur Abah, dimurahkan rezeki cucu cicit serta dipermudahkan urusan akhirat dan dunia...aamiin Ya Rabb

Untuk sambutan hari lahir Abah, kami adik beradik dah advance celebrate hujung minggu baru ni je di Restoran Tupai-Tupai, dekat Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Budak tecik ni tengah mengikut apa orang buat. Orang nak pilih menu, dia pun sibuk jugak. Layankan jela.


Last-last, amik steamboat jela. Senang. Tinggal nak ambil isi kandungannya jer.


Penutup, kita pekena ais krim malam-malam yer.
Minta maaf tak banyak gambar sebab ada sesetengah MPA suka jadikan koleksi peribadi, tambahan pula MPA tak minat nak bergambar sangat.

Idea makan kat sini adalah daripada adik-adik MPA sendiri. Mulanya cadang nak beli kek dan sambut simple je kat rumah. Alih-alih, adik-adik ajak pergi sini. Ikutkan jela, sekali sekala.

Sambutan terpaksa diawalkan disebabkan hujung minggu ni MPA akan balik ke Perak, manakala Angah akan balik ke kampung suami di Kelantan. Tinggal adik yang lelaki dan bongsu jer.

WE ALWAYS LOVE YOU ABAH!!

9 comments:

  1. Selamat hari lahir buat ayah MPA. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday untuk bapa nya yer... dah tanya ker apa aktiviti nanti kalau dah pencen... ajak dia masuk marathon lah... hehehe

    Tupai2 memang best... saya pernah makan kat situ

    ReplyDelete
  3. hehehe sedapnyaaa stimbot. CT suka..
    happy birthday uncle.. semoga sihat sihat hendaknyaaa ya ^^

    ReplyDelete
  4. Salam sis..kathy datang BW..;)

    Selamat hari lahir pakcik..

    ReplyDelete
  5. wahhh... selamat hari lahir. moga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

    pssttt... mia ada tag kat sini... http://www.mialiana.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  6. muda lagi tu...semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik :) Selamat hri jadi pakcik...

    ReplyDelete
  7. Selamat meyambut ulang tahun..
    Semoga abah MPA panjang umur dan di berikan kesihatan.

    p/s : teringat kat abah saya kat kampung..

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir buat Abah MPA..alhamdulillah mereka berdua (mak dan abah) masih sihat sentiasa dan still nampak muda gittew

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab