Friday, January 23, 2015

Tips memahami Al-Quran

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah, diberi rezeki untuk bertemu dengan Jumaat lagi sekali. Dikesempatan yang ada ini, jangan kita sia-siakan. Sayang tuu. Jom kita fahami isi kandungan al-Quran. Barulah boleh jadi manual kehidupan kita. Tak faham, macamana nak jadi manual kehidupan. Betul tak?


7 TIP MEMAHAMI AL-QURAN

1. Bersihkan hati dan perbetulkan niat untuk menemui panduan kehidupan.
2. Gunakan al-Quran terjemahan jika tidak menguasai bahasa arab.
3. Fahami setiap ayat al-Quran bergandingan sekali dengan ilmu tafsir, hadis dan fiqah yang berkaitan ayat tersebut.
4. Utamakan penerangan Rasulullah dan para sahabat dalam memahami setiap ayat al-Quran
5. Semak semula asbab an-nuzul cerita di sebalik penurunan wahyu ini dan fahami sebab dan hikmah disebaliknya.
6. Berguru dengan para ulama agar pemahaman lebih terpandu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan akidah dan fiqah.
7. Kuasai dan biasakan diri dengan ilmu al-Quran dan gaya bahasanya, ini lebih membantu untuk mendalamkan pemahaman.

Dalam nak memahami isi kandungan al-Quran, jom kita mulakan dengan doa penerang hati 


Semoga segala usaha kita diberkati serta dipermudahkan Allah.

Insya Allah ^_^

Share: