Wednesday, January 28, 2015

Rezeki daripada Allah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah. Hari ini, diawal pagi lagi, team MPA ada yang senyum lebar sampai ke telinga, tapi ada juga yang bermuram durja (guna bahasa sastera sikit ek...). Sebabnya...


Alhamdulillah, masing-masing dapat berita gembira daripada orang atasan kami. Walau apapun, segalanya daripada Allah. Penggunaan alat kira-kira tengah hangat dicari sekarang. Mana taknya, masing-masing tengah buat kira-kira, termasuklah MPA sendiri. Hihi


Kami cuma dapat surat saja, amaun tersebut belum masuk lagi dalam akaun bank masing-masing. Jadi, sempat sangat nak buat kira-kira sebelum ianya masuk dalam akaun. Banyak perkara dan faktor yang perlu ambil kira ni, termasuklah memenuhi keperluan mengatasi kehendak. Kalau ikut kehendak, macam-macam nak tapi kena beringat pula bila time susah nanti. Insya Allah, MPA dapat buat kira-kira yang terbaik untuk diri dan keluarga MPA, mudah-mudahan ianya tidak dibazirkan begiu sahaja. Buat sahabat-sahabat, mungkin ada sesuatu yang boleh MPA sediakan sebagai tanda penghargaan daripada kalian. Insya Allah. ^_^

Share: