Alhamdulillah
Salam Jumaat semua.
Sejuk je harini sebab kat area KL hujan awal pagi tadi. Harap-harap nak solat Jumaat ni tak la hujan. Kesian pada mereka yang hendak menunaikan solat Jumaat.
Dengar kat radio pagi tadi, akan ada gelombang ke-3 banjir dan khabarnya air di Sungai Perak dah mula melimpah. Sepupu MPA yang kat Mersing bagitau, kat Mersing dah hujan selama 3 hari dan kawasan Air Papan telah mula banjir. Ini antara gambar yang sepupu MPA kongsikan di Whatsapp kumpulan keluarga kami :
Menurut kata sepupu, gambar di atas adalah Jalan Jemaluang - Tenggaroh, dah mula dinaiki air.
Yang ini pula Jalan Air Papan, menuju ke Pantai Air Papan.
Alhamdulillah, rumah sepupu dan makcik di Mersing tidak dinaiki air sebab mereka duduk di kawasan atas bukit, melainkan banjir besar berlaku, barulah kawasan rumah mereka akan menerima kesannya.
Kepada kawasan yang mengalami hujan yang luar biasa lamanya dan lebatnya, harap berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. Nak berani tu boleh tapi biarlah bertempat, jangan sampai membahayakan diri dan keluarga.
Jaga diri baik-baik ya semua.