Wednesday, August 14, 2013

Amir - Alhamdulillah

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Semalam dalam pukul 1 pagi, panas badan Amir naik lagi. Adoi, dah risau sangat dah. Dia tak bangun tapi merengek je dalam tidur sampaila ke pagi.

Dalam pukul 5.45 pagi dia dah bangun tak boleh tidur, jadi aku pun bagi ubat yang dibekalkan doktor masa kelmarin pergi klinik.

Dia bukan setakat demam, full package termasuk selsema dan batuk. Stail Amir demam, dia akan muntah2 especially lepas makan dan menyusu. Lembik je dia semalam.

Kalau dalam tidur, memang Amir akan merengek tapi bila dalam keadaan sedar, sebijik macam aku kecik2 dulu, baring melepek dan diam je, tak cergas langsung. Sampai mak dulu tengok aku macam orang dah mati, tegurla aku hidup ke tidak budak ni.

Dah siang sikit, demam masih ada lagi, aku bawak Amir pergi hospital tempat lahir dia, Hospital Pusrawi SMC Kajang. Amir kalau demam ubat dari hospital dia je jalan. Yang lain tak berapa mujarab.

Balik dari hospital, bagi Amir makan ubat, walaupun masih muntah, tidurkan dia. Alhamdulillah, bangun tidur dalam tengahari, demam dah surut cuma tinggal batuk dan selsema. Wah, petang dah boleh pergi main dengan cucu jiran aku, Aqilah. Kebetulan orang tua Aqilah cuti raya sampai harini. Kata papa seronok dia main. Balik dari tu, nangis pulak nak masuk rumah. Aish, dah maghrib. Tak puas la tu. Ada masa dan peluang, kita main luar lagi ye Amir.

Alhamdulillah, sepanjang malam tadi dan aku bangun pagi ni, Amir dah tak panas dan dah tak merengek dalam tidur. Alhamdulillah, syukur padaMu jua ya Allah...

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab