Saturday, August 24, 2013

Amir - Suntikan satu tahun setengah

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ikut pada jadual suntikan Amir, Amir kena cucuk masa dia berusia 1 tahun setengah...Alhamdulillah, harini kami berkesempatan bawak Amir pergi cucuk kat hospital Amir dilahirkan....
Buku rekod suntikan Amir

Pada mulanya masa jumpa doktor dan timbang (Alhamdulillah, dalam masa seminggu lepas demam, berat dia dah naik 500g, tadi timbang Amir dah 11kg...Alhamdulillah), Amir ok je, tak nangis pon. Bila doktor mula nak cek samada dia demam ke tak, barula dia nangis. Tak suka betul dia nak cek suhu badan dia.

Bila dah disahkan dia tak demam, barula doktor boleh cucuk dia. Mulanya, nak dibaringkan, dia tak nak. Menonggeng je dia. Doktor cakap dia dah besar, dah tau nak kena cucuk. Bila dia dah baring, barula boleh cucuk.

Aik, dah siap dah? Tak dengar nangis pon langsung. Hero betul anak aku sorang ni. Tahan sakit dah  ye sekarang. Padanla kalau terantuk sikit dia rilek wat tak tau je. Kalau yang betul-betul kuat barula dia meraung. Hero betul dia yer.

Amboi, sampai 3 orang nak kerjakan awak yer

Berdasarkan apa yang doktor cakap, suntikan seterusnya pada masa Amir berumur 7 tahun atau senang cite masa dia darjah 1. Lama lagi tu. Lama lagi la kita datang jumpa doktor ni lagi la Amir. 

Apa-apa pon, kami sekeluarga ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Hospital Pusrawi SMC Kajang diatas layanan yang terbaik dari mula mama preggy sampaila Amir dah satu tahun setengah sekarang ni. Terima kasih banyak-banyak.

Sebagai ganjaran, balik dari cucuk tu, kami singgah makan dulu. Kebetulan dah tengahari. Takpela, mama belanja la kali ni sebab anak mama berkelakuan baik harini.

Reward for being a good boy...nyum nyum...

Sekarang Amir tengah tidur. Jadi, kita sambung nanti-nanti la yer. Ada projek nak buat. Projek apa, tunggula next entry nanti.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab