Saturday, March 07, 2015

Bukhara Briyani

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Semalam, seorang lagi sahabat MPA belanja makan. Dia pilih hari Jumaat sebab katanya keberkatan lebih dalam bersedekah. Betul juga apa yang dicakapkan.

Apa yang dibelanjakan yer...


Itu dia, Bukhara Briyani.


Packaging dia memang menarik, dah siap ada divider lauk-lauk.

Rasanya, Alhamdulillah sedap rasanya. Nasi briyaninya banyak. Tak terhabis MPA makan. MPA pilih lauk kambing. Kambingnya tak nampak sebab dah kena timbus dengan nasi. MPA tak sempat nak ambil gambar kedudukan kambing sebab tak dapat menahan godaan, lagipun tengah lapar. Hihi

Sahabat MPA ni duduk di kawasan Bangsar. Jadi masa tengahari, dia ke Bangsar sekejap tapau untuk kami. Restoran Syed Bistro ni bukan sahaja ada di Bangsar, malahan ada juga cawangannya di Puchong, Kelana Jaya, Petaling Jaya dan beberapa lokasi lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web ini : http://syedbistro.com/

Lain orang, lain citarasanya kan. Jadi, untuk MPA, rasanya sedap dan tak salah untuk mencuba. Cubalah. ^_^

Share: