Friday, March 06, 2015

Ujian, Kesedihan, Kesulitan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sumber : Facebook

Ketahuilah bahwa engkau bukan satu-satunya orang yang mendapat UJIAN
Tidak seorangpun yang lepas dari KESEDIHAN
Dan tidak seorangpun yang luput dari KESULITAN

Kita semua memang tidak lepas daripada ujian selagi kita masih bernafas di atas muka bumi ini. Ujian pula ada pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk kesenangan, dan ada yang berbentuk kesusahan. Kesenangan dikatakan ujian adalah untuk menentukan samada kita ini hambaNya yang bersyukur atau lupa padaNya. Manakala kesusahan pula untuk menentukan samada kita ini hambaNya tidak berkeluh kesah dan menyalahkanNya.

Bagaimana kita menyalahkan Maha Pencipta kita?

Dengan cara keluh kesah, merungut, menyalahkan takdirNya, dalam pelbagai lagi.

Semua orang tidak lepas daripada rasa sedih dan merasa kesulitan. MPA sendiri pernah merasa sedih dan sulit. Apabila kita merasa sedih dan sulit, apa yang paling penting adalah cara kita menangani rasa tersebut. Adakah dengan terus bersedih dan berdukacita?Tidak, bukan macam tu. Kita anggap ianya tanda kasih daripadaNya dan anggap ianya adalah yang terbaik buat kita. 

Contohnya kita merasa iri dengan keadaan sahabat-sahabat yang dikurniakan kesenangan dan dimurahkan rezeki anak-anak tetapi ianya tidak berlaku pada diri kita. 

Jangan terlalu bersedih. Kita fikir dari sudut lain dalam bentuk positif. Agaknya Allah tidak mengurniakan kita kesenangan sebab takut kita lupa padaNya. Agaknya Allah tidak mengurniakan kita rezeki anak sebab takut kita tidak mampu mendidik dan menjaga sebaiknya serta leka dengan anak sehingga lupa padaNya.

Allah jua yang tahu segala yang terbaik buat kita, hambaNya.

Oleh itu, La Tahzan, innallaha ma'ana (jangan bersedih, Allah bersama kita)

Sumber : Google Image

sedikit tazkirah renungan di hari Jumaat

Share: