Monday, March 09, 2015

Kunjungan berhajat ke Bukit Kerayong

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Kunjungan berhajat? Yup, memang berhajat, hajat besar lagi tu. Hihi

Alkisah semalam, hajatnya abang ipar MPA selamat bertunang dengan orang Bukit Kerayong, Klang.
Selepas Zohor kami semua gerak ke rumah orang perempuan.
Inilah dia antara barang hantaran kami. Boleh dikatakan 95% hasil gubahan kakak ipar MPA. Dia memang minat gubah-gubah ni. Kalau harap MPA, memang tak jadi ler. Bahagian masing-masing la kan. Ada yang lebih sana, kurang sini. Yang lebih sini, kurang sana. Hihi

Inilah antara hadirin yang ada. Tunang abang ipar yang pakai baju oren tu. Jangan cari MPA pulak yer dalam gambar di atas. Memang takkan jumpa sebab MPA tak minat nak interframe. Low profile jela ek. Hihi

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan insya Allah, majlis penyatuan kedua-duanya sebagai suami isteri akan diadakan pada penghujung bulan Mei. Dah tak lama dah tu.

Semoga dipermudahkan urusan mereka selepas ini serta jodoh mereka kekal hingga ke Jannah, insya Allah, aamiin.
Alhamdulillah, tahun ni tahun ikatan silaturahin dalam kedua-dua belah keluarga MPA. Baru saja bulan lepas adik-adik MPA. Ni insya Allah abang ipar pula. Wah, semakin berkembang biak keluarga kami. Semoga dirahmati dan diberkati hubungan semuanya. Aamiin

Share: