Tuesday, March 10, 2015

Not to hurt others

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
They asked : "why does our heart hurt?" :(
I replied : " to teach us, not to hurt others." :)

Mereka bertanya : "Kenapa hati kita sakit?" :(
Saya menjawab : "Untuk mengajar kita, tidak menyakiti hati orang lain." :)
Ianya nampak agak susah kan? Orang sakitkan hati kita tapi kita tak boleh sakitkan hati orang lain. Agak susah tapi tidak mustahil. Cuma mesti ada caranya.
Macam MPA, bila MPA sakit hati, MPA akan larikan diri daripada situasi yang menyakitkan hati tu. Tapi dalam hati takyah cakap la, membebel bagai nak rak. Muka pun dah masam tahap kalah cuka. Nak senyum pon dah takde rupa senyum dah.

Tipulah kalau MPA cakap tak pernah terlintas nak membalas. Ada masanya memang rasa nak balas. Siap la, ada ubi ada batas, ada hari akanku balas. Siap berpantun ye. Hihi

Tapi untuk orang-orang yang MPA kenal, MPA sekadar kenang jasa dan budi baik dia. Itu cara MPA untuk tidak membalas apa yang menyakitkan hati MPA.
Untuk yang MPA tak berapa kenal dan rapat pula, MPA sekadar think positive jerla. Agaknya ada masalah problem yang terbawak-bawak kot. Yela, lain orang lain cara dan pandangannya kan?

Walau apa pun, mari kita berusaha menjaga hati kita agar tidak menyakiti hati sesiapa dan tidak disakiti oleh sesiapa. Terkadang orang terlepas dan ada salah dan khilafnya. Kita maafkan sajalah. Kita ikut lagu Aishah - Kemaafan Dendam Yang Terindah. Maafkan sajalah. Insya Allah, kita lapang dada dan tenang dalam menghadapi perjalanan hidup kita.

Wallahua'lam

4 comments:

  1. huhu..sabor je la kak... hihi

    ReplyDelete
  2. mmg tak boleh nk leak dari org menyakitkan hati kita ni...so sis JM kekadang muhasabah diri..maybe sis pernah sakitkan hati org tan pa sedar so then Allah balas dgn ada org sakitkah hati kita itu sbb sentiasa berhati2 agar tidak menyakitkan hati org lain huhuh..tetapi kekadang TERLEPAS jugak

    ReplyDelete
  3. huurm simple tapi mendalam..
    jangan kita buat kat orang lain bila kita sendiri dah tahu sakitnya macam mana..

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab