Thursday, December 18, 2014

A Morning Person

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Masih ramai lagi ke yang online sampai ke tengah malam dan bangun lewat?
Kalau bangun awal, Alhamdulillah, tapi kalau bangun lewat, apa kata kita tukar, kita jadi A Morning Person.
Apa tu A Morning Person?
A Morning Person maksudnya "Orang Yang Berpagi-pagi" ataupun orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik.
Pada mulanya mungkin dan memang susah, tapi kalau dilatih, insya Allah, segalanya menjadi mudah.
Banyak perkara yang boleh dilakukan andai kita berjaya bangun sebelum subuh, antaranya :
1. Solat Tahajjud 2,4,6, atau 8 rakaat serta ditutup dengan Solat Witir 3 atau 1 rakkat
2. Bersahur sekiranya kita mahu berpuasa pada hari Isnin atau Khamis
3. Membaca beberapa helaian Al-Quran
4. Menulis di blog dan seangkatan dengannya
5. Menyedut udara segar awal pagi
6. Menikmati keheningan dan ketenangan alam
Jom kita mula berpagi-pagi mulai esok. ^_^
Share: