Tuesday, December 02, 2014

Konsep 5B

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Musim kejap hujan, kejap panas ni, ramai juga yang tak sihat jadinya. Jangan lupa pergi klinik dan jumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Dan jangan lupa juga untuk makan ubat. Bercakap tentang ubat, MPA nak kongsikan pada sahabat semua tentang pengambilan ubat.
Sumber : SINI

1. Pengguna Ubat Yang BETUL
Elakkan berkongsi ubat dengan orang lain sebab badan masing-masing tak sama. 
Macam MPA, MPA alergik dengan ubat penahan sakit termasuklah Paracetamol. 
Kalau ambil, memang mata akan bengkak macam alien jadinya.
2. Ubat Yang BETUL
Kenali nama bahan aktif ubat, bukan melalui nama dagangan atau warnanya.
Contohnya, ramai yang panggil Paracetamol tu Panadol, padahal Paracetamol tak semestinya Panadol, UPHA pon ada keluarkan Paracetamol.
3. Dos Yang BETUL
Ambil ubat ikut arahan, dos ubat yang betul menjamin keselamatan dan keberkesanan. 
Jangan terlebih dos pulak yer, lain jadinya nanti.
4. Cara Pengambilan Yang BETUL
Pelbagai jenis ubat, pelbagai cara pengambilan. 
Ada ubat yang perlu disedut, disuntik atau ditelan. 
5. Masa Yang BETUL
Ambil pada masa yang betul supaya ubat lebih berkesan, samada sebelum atau selepas makan.
Kepada yang kurang sihat, dapatkan rehat yang cukup yer dan semoga cepat sembuh.
Kepada yang sihat, hargai dan syukurilah nikmat sihat yang sedang dikecapi.
Share: