Harga tiket memang berpatutan.
Ini dia harga tiket masuk Pusat Sains Negara. Memang berpatutan dan tidaklah mahal sangat.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik SINI.
Lepas tu, Amir pon explore sendiri la apa yang ada.
Jom masuk ke 'Laluan Ke Alam Sains'
Eksplorasi pon bermula. Yang ini diajar macamana sesuatu kapal itu karam. Ada kapal kecik kat tengah salur air tu. Kita tekan pengepam yang dipegang Amir tu banyak kali. Kapal itu akan karam ke bawah nanti.
Ini pula menunjukkan bagaimana fungsi cahaya matahari pada tumbuh-tumbuhan. Bila papa pusingkan tombol tu laju-laju, cahaya hijau yang depan Amir akan menyala yang menunjukkan proses-prosesnya.
Yang ini pula berkaitan kuasa angin yang mana bila Amir tekan je punat yang ada, angin akan menolak bola-bola putih tu ke atas.
Yang ini pula berkaitan magnet, bagaimana ia menolak antara satu sama lain. Ada diberikan panduan sebelah peralatan yang disediakan, kita kena rajin baca dan eksplorasi.
Ini ruangan Kids Discovery Place dimana ianya permainan hanya untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun sahaja. Ada kerusi kecil dan meja kecil khas untuk kanak-kanak berumur ini bermain. Dan setiap meja ada disediakan alatan permainan yang bersesuaian dengan umur tersebut.
Eeyaah...eeyaah...tarik Amir kuat-kuat. Hihi
Memang tak terangkat pon, tapi Amir usaha juga. Ini pengenalan tentang sistem takal.
Cermin terbalik. Gini lah gayanya pandangan mata ikan pada sekeliling ek.
Hi, saya belalang hijau.
Dibelakang Amir pula kawasan Penerokaan Comel (Little Explorers), khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun, tapi boleh ditemani dengan ibubapa. Yang penting kena buka kasut. Ada macam-macam permainan yang sesuai dengan umur 1 - 4 tahun seperti terowong, gelongsor dan maca-macam.
Ok, ini pula di kawasan Kidz World (Alam Kanak-kanak)
Permainan kat sini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas. Yang ini tidak boleh ditemani ibubapa. Sempit tu, khas untuk budak-budak main je.
Kemudian, kami bergerak ke tingkat atas pulak. Sekarang ni sedang ada pameran dan aktiviti
Who dunit? Murder Mystery at Menagerie Park.
Kira aktiviti ala-ala CSI la ni, ada kes kejadian yang diminta kita selesaikan. Siap disediakan buku untuk selesaikan kes. Pameran ini akan berakhir pada 5 February 2015. Jadi, masih sempat lagi kalau nak join ni. MPA tak sempat nak snap gambar sangat kat ruang pameran ni sebab Amir dah mula meragam disebabkan dia mengantuk. Jadi kami sekadar pusing-pusing, lihat-lihat dan gerak untuk keluar dari sini.
Tapi dalam sibuk tahan mata mengantuk tu, Amir sempat lagi singgah sini.
Ini dinamakan Touch Aquarium. Sebelum masuk tadi dah nampak dah tapi ramai sangat orang samada nak bergambar ataupun kanak-kanak bermain dengan ikan kat sini. Jadinya, bila keluar ni dah takde orang, Amir la seronok explore sendiri.
Amir cuba nak capai salah satu ikan kat dalam akuarium ni.
Secara keseluruhannya, MPA rasakan memang berbaloi bawa anak-anak ke sini. Bukan setakat anak-anak boleh didedahkan dengan dunia sains, kita yang dewasa ini pon boleh berekspolarasi dengan sains. Diakui memang terdapat beberapa peralatan yang rosak ataupun sedang diselenggarakan, tapi banyak juga yang boleh dipelajari dengan bahan bacaan yang disediakan berdekatan dengan peralatan sains. Pada yang sudah mempunyai latar belakang sains, rasanya tidaklah terlalu susah untuk memahami konsep sains yang disediakan. Pada yang tidak mempunyai latar belakang sains, bahan bacaan yang disediakan rasanya tidaklah terlalu susah untuk kita fahami. Ada petugas yang sedia membantu sekiranya kita kurang faham.