Wednesday, December 31, 2014

Sorotan MPA 2014

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Source: Google

Insya Allah, malam ini adalah malam terakhir untuk tahun 2014, dan bermakna 2015 akan menjelma.
Pelbagai perkara berlaku di sepanjang 2014 samada dalam kehidupan peribadi masing-masing mahupun dalam peristiwa negara dan dunia. Tidak dapat dinafikan, dalam suka ada duka, dalam tawa gembira ada sedihnya. Itulah adat kita di dunia. Segalanya tidak akan kekal selamanya.

Bagi MPA, untuk tahun 2014, banyak yang MPA pelajari terutamanya dunia blogging. Daripada bercerita seorang diri sehinggalah mengorak langkah bersahabat dengan blogger yang lain. Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat-sahabat blogger yang sudi berkongsi tips-tips berblogging yang ada antaranya MPA sekadar silent reader, segan sebenarnya walaupun tidak bersemuka. Selain itu, MPA pelajari sendiri samada melalui enjin pencarian Google atau Pinterest. Semuanya MPA catatkan dalam buku yang MPA gelarkan buku 'ajaib' sebab bagi MPA, ilmu perlu dicatat agar dapat menjadi rujukan MPA pada kemudian hari.

Untuk kehidupan peribadi MPA, banyak juga yang MPA pelajari daripada sekeliling MPA. Memang tipu kalau MPA katakan segalanya manis belaka. Ada juga yang pahit yang MPA telan buat penawar dan pengajaran untuk diri MPA. Asam garam kehidupan, tidak akan manis selamanya. Betul kan?

Walau apapun, MPA mengharapkan segalanya yang berlaku pada tahun 2014 ini dijadikan pedoman, pengajaran, panduan, pengalaman dan kenangan samada ianya manis, pahit, masam mahupun kelat. Segalanya telah terjadi dan kita hanya merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.


"Memories are the road that lead to where we are today
and lead us to where we are going tomorrow"
~ Stacy Duplease ~

Share: