"Saya mencari orang sakti", kata seorang pemuda kepada orang tua yang ditemuinya.
"Siapakah yang anda cari?"
"Orang sakti yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Saya dengar dia tinggal di tempat ini. Saya sedang sakit kronik. Doktor memberitahu saya hanya menunggu bulan untuk mati."
"Tidak ada yang boleh menyembuhkan penyakitmu kecuali Allah. Mintalah doa kepadaNya."
"Hanya orang sakti itu yang didengar doanya oleh Allah," kata pesakit yang datang dari jauh itu.
Orang tua itu dengan cepat menjawab, "Tidak ada orang sakti di sini. Baliklah. Allah akan menyembuhkanmu, bukan orang sakti itu."
Mendengar apa yang diperkatakan oleh orang tua itu, pesakit tersebut pulang dengan keyakinan baru - Allah yang akan menyembuhkannya. Sejak hari itu, penyakitnya beransur sembuh dan hidup berpuluh-puluh tahun kemudiannya. Sehingga dia mati, dia tidak mengetahui bahawa orang tua yang ditemuinya itulah "orang sakti" yang dicarinya itu!
Mereka yang mendekatkan diri dengan Allah lebih mementingkan kebaikan daripada gelaran, nama dan sanjungan. Mereka merasa bahagia menabur kebaikan tanpa pengetahuan sesiapa. Tidak ada rasa takbur mahupun riak. Apa yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah semata.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)