Setelah seminggu lebih MPA bercuti, maka berakhirlah cuti MPA pada hari ini.
Jadi, hari Isnin MPA akan mula bertugas seperti biasa.
Adoi, belum mula kerja, kemalasan dah timbul. Macamana tu.
Insya Allah, petang ni mak abah dan adik-adik MPA akan tiba ke tanah air daripada mengerjakan umrah. Sekarang mereka sedang berada dicelah-celah awan dan dijangkakan mereka akan tiba lebih kurang pukul 5.30 petang. Itu dijangkakan tiba, tapi campur tolak penerimaan luggage, tak tau la tu selesai nanti pukul berapa.
Disebabkan mereka dah nak balik, sat lagi nak g shopping barang dapur, masak-masak sikit.
Confirm-confirm mereka lapar dan rindukan masakan Malaysia kan.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)