Monday, July 29, 2013

Berpuasa di kampung Bagan Datoh


Bismillahir Rahmannir Rahim...
Alhamdulillah...
Assalamualaikum...


Alhamdulillah, dapat 2 hari berpuasa di Bagan Datoh, Perak. Kebetulan, hanya adik papa 2 orang je kat rumah.

Sabtu petang dalam dekat waktu berbuka, abang papa pon sampai. Ramaila sikit nak berbuka Sabtu tu.
Tapi Ahad, berkurang balik. Abang papa dan adik papa yang belajar kat Ipoh balik petang Ahad. Tinggal kami, mentua dan adik papa yang bongsu, Farid.

Macam biasa, balik bukan kosong, ada projek. Kali ni projek cat rumah dan buat bilik. Dah ramai2 dan ramai yang khawin dan ada anak, kenala buat bilik. Baru ada privasi.

Rumah kita cat warna light green. Alhamdulillah, untuk 2 hari, dapatla 2 bilik. Tapi ni semua kat rumah bawah. Rumah atas nak kena buat bilik jugak. Jadi yang tu, coming soon. Hehe.

Hari Ahad tu, Ateh, anak yang mentua jaga datang, dapatla main dengan Amir. Mulanya Amir malu2 walaupon Ateh tu lelaki. Amir memang, first time jumpa memang malu2 macam mama dia dari kecik sampai sekarang. Hehe

Dah masuk line, berbahasa la antara mereka. Hanya mereka dan Allah je yang tau. Hehe
Alhamdulillah, mereka main tak bergaduh walaupun masing2 berkenan mainan yang sama. Gitulah anak mama dan papa ye.

Lagi satu, Amir buat tak heran je bila aku dan papa dukung atau pegang Ateh. Maksudnya ada peluang la ni yer. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab