Friday, July 12, 2013

Semanis Kurma - Ibu Bapa Genius

Alhamdulillah
Assalamualaikum

Malam tadi layan Semanis Kurma - Ibu Bapa Genius...cemburunya tengok ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak mendekati Maha Pencipta...rasa teringin - opst! tak boleh teringin, kene buat jugak untuk anak2 aku pon genius takwa macam kata Ustazah Siti Nor Bahyah...antaranya baca Quran dari masa mengandung ataupung dengar pon boleh jugak...

Tajuk malam tadi mostly berkaitan Surah Luqman...penerapan mengambil kira Aqidah, Ibadah, Akhlak...setiap anak lain ragam dan sikapnya...ada macam-macam cara nak didik...ada yang kena tegas, garang, pujuk dan macam-macam...tapi setiap kesalahan yang anak-anak lakukan mesti ditunjukkan ianya salah dengan cara yang penuh hikmah...

Mulakan ajar anak-anak dengan Al-Quran sebab bila ada Al-Quran dalam diri anak-anak, segala apa yang dicakapkan mudah diterima anak...Ajari mereka dengan currency dosa dan pahala contohnya : Amir, tolong la mama ni...dapat pahala nanti, etc.

Itula dia antara isi penting dalam Semanis Kurma malam tadi...Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab