Saturday, October 04, 2014

Mohon berhati-hati di jalanraya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Tadi dengar kat radio, traffic jam sana-sini.
Agak jauh jugak jarak traffic jam tu.
Pastu tambah pulak accident lagi.

Dalam tengahari, mama dapat gambar accident yang kat lepas terowong Menora, menuju ke Utara.


Mama dapat gambar ni daripada grup whatsapp yang dihantar oleh adik ipar dan kawan sekolah dulu. Adui, mengerikan dan betul-betul serius.
Katanya melibatkan 2 treler dan 5 kereta.
Rasanya kalah pulak raya puasa haritu.

Kawan-kawan mama semua, mama mohon kalau balik ke kampung atau kemana tempat dituju, tolonglah berhati-hati. Mama faham semua nak cepat sampai, tapi kalau yang sampai jenazah kita, macamana tu.
Mama minta maaf kalau bahasa mama agak kasar sebab mama sayangkan kawan-kawan mama semua di sini.

Bila terjadi macamni, kita bukan susahkan diri kita, orang sekeliling yang berada kat situ pun susah jadinya. Memang diakui kita tak mintak pun nak jadi accident, semua ketentuan Allah tapi tak bole letak salah pada yang Esa. Kita boleh mencegah kan?

Kalau rasa ngantuk, rehat sat kat hentian yang ada. Kalau jalan kampung, memang takde hentian tapi bole rehat jap kat kedai makan pekena kopi secawan. Takpun singgah stesen minyak rehat jap.

Kalau dah selamat sampai tempat dituju, Alhamdulillah.
Nanti bila nak balik ke tempat masing-masing, mama mohon berhati-hati yer.
Jangan lupa baca doa naik kenderaan.
Mama doakan semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan kalian semua. ^_^

1 comment:

  1. Betul mama. Innalillah. Al fatihah pd mangsa terlibat.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab