Thursday, October 30, 2014

DAY 6 : 10 Things That You Want To Buy

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Credit to +CT Humairah 

Cabaran diteruskan lagi...Aish, kes Oktober dah tinggal esok hari je lagi nih...hehe

DAY 6 : 10 Things That You Want To Buy

1. Rumah


Tapi idak ler umah sebesar ini...tidak ler teman mampu uish...
Comel-comel pon bole, asalkan selesa dan boleh beribadah...^_^

2. Kereta Vellfire


Yang ini memang berangan beli jer...maintenance pon mau berpeluh-peluh...
Tapi kalau dapat, bestnya dapat bawak ramai-ramai g jalan-jalan kan???

3. Mesin Jahit


Mama memang minat jahit. Sejak kami kecik, baju kurung memang mak jahit sendiri, baik baju raya mahupun baju sekolah. Alhamdulillah, kalau baju kurung untuk mama, dah boleh buat sendiri. Tapi kalau nak beli mesin jahit, kalau bole nak yang ada sulam sekali. Setakat, kalau nak bersulam, kena hantar ke orang minta tolong sulamkan. Ada sendiri kan best, bole buat sendiri dan pilih sendiri. Hehe

4. Tanah


Kalau ada tanah kan best, bole bercucuk tanam, berbudi pada tanah. 
Kalau tanam pokok buah-buahan, ada hasil, bole kasi anak cucu merasa hasilnya. 
Ada lebih, boleh la berbagi kepada orang lain kan??

5. Kamera DSLR

Kamera digital dah ada tapi kalau dapat kamera DSLR tu, lagi la best.
Bole la belajar-belajar amik gambar cantik-cantik. Hehe

6. Pawagam Mini

Haha..berangan lebih kan?
Dah ada ni, dah tak payah sibuk-sibuk nak beli tiket g tengok cite kat wayang.
Astro kan ada cerita-cerita baru, layan jela. Tak pon cerita lama tengok balik pon best kat sini. Hehe

7. Rumah tepi pantai

Wah!...rumah lagi.
Ni kire ala-ala rumah percutian, in case nak bercuti, dah ada tempat dah.
Dapat rumah tepi pantai, sesekali balik, seronoknya.
Siang bole main pasir pantai, malam pulak buat berbeque, bakar-bakar.

8. Lot Kedai

Ingat tak kat entry sebelum ni mama ada cerita nak bukak seakan mini library.
Kalau tak ingat, bole klik kat SINI.
Ada rezeki, bole la buat apa yang mama impikan dan cita-citakan.

9. Buku

Ai, dah nak buat mini library, tak kan takde pape pulak kot.
Dah nama mini library, kena la beli buku, ye tak?
Buku bukan setakat novel je, ada la juga buku ilmiah.
Kira macam-macam ada.

10. Masa & Kasih Sayang

Ok, kenapa mama pilih Masa & Kasih Sayang untuk yang ke-10?
Sebab mama tau, takde sape boleh beli 3 ni kan?
Kalau mama bole beli masa, mama akan luangkan banyak masa untuk keluarga mama terutama papa & Amir, almaklum mama kan bekerja. Masa dengan mereka amat terhad.
Kalau mama dapat beli kasih sayang, mama nak sedekahkan pada sesiapa yang kekurangan kasih sayang agar takde lagi yang rasa tersisih.
Walau apapun, mama bersyukur dengan apa yang mama nikmati pada masa ini. Alhamdulillah.

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :

7 comments:

  1. mesin jahit mesti ade . huhuu

    ReplyDelete
  2. amboi, besarnya rumah dengan kereta tu kak. hehe

    ummi saya pun suka menjahit!

    saya pun teringin nak ada mini library.. itu pun kalau ada rezeki duit banyak satu hari nanti :)

    semoga tercapai impian akak semua tu. aamiin

    ReplyDelete
  3. Yg last skali tu..klau la masa dan kasih syg blh d bli alangkah indahnya

    ReplyDelete
  4. Bestnya yg num 6 tu. Tapi semuanya terbaik ;)

    ReplyDelete
  5. Rumah tepi pantai tu sue agak ngeri bila teringatkan kejadian ombak tsunami...agak fobia jg la nk bercuti tepi pantai.

    ReplyDelete
  6. wahhh wahhh pawagam mini tu yang besttttt sangatttt !!
    last sekali tu terharu, sebab kalau boleh beli, belum tentu ada yang menghargai :)

    ReplyDelete
  7. wow pawagam
    mini tuuuuu bestnya !! kalau ada kat rumah tak keluar dah dengan kawan kawan.. panggil diorang mai lepak sama aje kat rumah. lagi santai..

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab